Tuesday, July 29, 2008

Belalang

Apa yang boleh dikatakan tentang belalang? belalang ialah sejenis objek yg hidup digelar serangga. ia digelar serangga kerana mempunyai kaki yg banyak disamping tidak mempunyai punai sepertimana seorang manusia lelaki.

terdapat pelbagai kategori belalang diantaranya belalang kunyit, belalang err..err..nujum pak belalang dan sebagainya..namun begitu, bukanlah bermaksud nujum pak belalang itu sejenis serangga kerana ia merupakan watak lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yg sememangnya seorang manusia normal. cuma didalam filem berkenaan, serangga belalang ini muncul dalam 1 babak dimana ia disembunyikan didalam telapak tangan seorang raja yang jahat sebagai jawapan kepada teka-teki jahatnya. Mujurlah nasib menyebelahi pak belalang yang pada ketika itu menyebut nama anaknya (belalang) berkali-kali sekaligus menyelamatkan negaranya dari dijajah.

Berbalik kepada serangga belalang, terdapat banyak kegunaan belalang yg diketahui dan sebahagiannya masih belum diketahui oleh masyarakat. seperti yang semua orang sedia maklum, belalang boleh dijadikan makanan dimana ia mengandungi sumber protin yg mengagumkan. protin ini amat berguna untuk sistem badan kita bagi memastikan kita sentiasa sihat dan cerdas. selain itu, belalang juga berguna sebagai platform untuk melariskan penjualan racun serangga dikalangan petani. jika tiada belalang dan beberapa serangga perosak yang lain, pastinya racun ini tidak dapat dijual, malahan lebih teruk, mungkin tidak akan dicipta sama sekali. bukankah ini satu kerugian dimana kita akan kehilangan 1 sektor yang agak penting iaitu sektor pembuatan racun serangga?berapa orang akan menganggur jika itu berlaku?jadi pastinya belalang ini amat penting untuk pertumbuhan ekonomi sesebuah negara serta masyarakat.

Selain kegunaan diatas, belalang juga samada disedari atau tidak amat berguna untuk bidang perubatan. salah satu bukti yang saya boleh berikan ialah berdasarkan pengalaman saya baru-baru ini. kisah ini agak meyayat hati dan boleh dijadikan pedoman. ia berlaku dalam sekelip mata tanpa diduga dan disedari oleh sesiapa. satu titik hitam dalam kehidupan seorang manusia tercipta pada malam yg agak malang itu. entah bagaimana seekor belalang dengan jitunya memasuki lubang hidung salah seorang kenalan saya ketika dia sedang mendaki tangga rumahnya. dia yg terasa ternoda dengan kejadian itu menjadi trauma walaupun belalang itu sudah berjaya dikeluarkan. jadi apa relevannya disini (mengaitkan belalang dengan kepentingan perubatan)? Belalang itu tentu tidak dapat dikeluarkan jika tiada ilmu perubatan. Ilmu perubatan membuang belalang dari hidung tentu tidak akan tercipta sekiranya belalang itu tidak wujud. mudah bukan?

Belalang juga memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan tatabahasa sastera melayu dan ilmu matematik. sedar atau tidak, kepetahan kita dalam berbicara bahasa melayu dapat dikaitkan dengan kepentingan belalang. sebagai contoh, tedapat satu peribahasa melayu yang berbunyi "lain padang lain belalang". seperti yg dapat kita lihat, peribahasa ini bukan sahaja menerangkan mengenai adat dan cara hidup, tetapi juga melibatkan pengiraan dimana kita perlu mengira didalam keluasan sesuatu padang itu, dengan mengambil kira perimeter yg logik, berapakah bilangan belalang didalam padang itu berbanding padang yg lainnya. ini didalam bahasa matematiknya bergelar statistik. jadi cuba kita kaitkan kepentingan belalang disini. jika peribahasa itu berbunyi "lain padang lain mikroorganisma", ia akan melibatkan satu pengiraan yang begitu banyak dimana dianggarkan terdapat ber bilion-bilion mikroorganisma di sesebuah padang. jadi ini akan melemahkan semangat orang-orang melayu pada masa itu (dizaman microskop masih belum wujud) dan akibatnya, peribahasa dan ilmu matematik akan diabaikan terus kerana kebanyakan orang pada masa itu akan berputus asa dan menganggap peribahasa dan matematik adalah sesuatu yg sukar dipelajari. Akibat yg lebih teruk apabila ramai orang menghabiskan hampir keseluruhan usia untuk mengira mikroorganisma diatas padang dan ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi terencat.

Jadi seharusnya kita sedar kepentingan belalang dalam mengimbangi ekosistem kita disamping menjana teknologi serta ilmu yang tiada hadnya. belalang juga amat penting dalam pembentukan industri perfileman masa kini. jika tiada belalang, penerbit-penerbit serta pengarah-pengarah filem tidak akan dengan mudah mendapat ilham untuk membuat filem komedi. ini kerana tiadanya filem nujum pak belalang yang menjadi sumber inspirasi hampir kesemua penerbit serta pengarah filem. Mungkin dengan tiadanya belalang, filem itu bertajuk "nujum pak pacat" atau "nujum pak lipas" yang pastinya akan menyebabkan filem itu kurang kelakar dan membosankan kerana kebanyakan serangga itu tidak disukai oleh masyarakat kita.

Jadi dari itu, marilah kita bersama-sama hidup dengan harmoni sambil melukis gambar belalang di dinding-dinding rumah kita. manalah tahu, suatu hari nanti belalang itu akan membawa manfaat kedalam kehidupan kita (walaupun sekali sekala ia akan masuk ke dalam lubang hidung kita) sekaligus menghasilkan jutawan-jutawan baru yang lebih bertaqwa. Wassalam.

No comments: