Thursday, April 24, 2008

Apakah Maksud Keberanian, Keyakinan & Kepercayaan

Gambar dibawah ini akan menerangkan maksud Keberanian, Keyakinan & Kepercayaan. Hangpa mesti setuju ngn aku lepas tgk gambaq ni kan. Tanpa Keberanian, Keyakinan dan Kepercayaan, pastinya aksi ini xbleh dilakukan. Hehehe..








Ibuku Seorang Pembohong

Kisah ini aku petik dari 1 bulletin kt myspace. Lepaih baca ni aku agak terharu n sebak. memandangkan aku ni xdak ayah sejak dari darjah 1 lagi, jd mak aku la yg membesarkan aku sorang diri. So aku nk share la ngn hgpa cita ni. Sayangilah Ibu kita selagi kita masih memiliki mereka.

Ibuku Seorang Pembohong (dipetik dari bulletin kat myspace)

Memang sukar untuk orang lain
percaya,tapi itulah yang berlaku.

Ibu
saya memang seorang pembohong!!
Sepanjang ingatan saya sekurang-
kurangnya 8 kali ibu membohongi saya .

Saya perlu catatkan segala pembohongan
itu untuk dijadikan renungan anda
sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih
kecil.

Saya lahir sebagai seorang anak
lelaki dalam sebuah keluarga miskin.
Makan minum serba kekurangan.
Kami
sering kelaparan.
Adakalanya, selama
beberapa hari kami terpaksa makan
berlaukkan ikan masin dikongsi satu
keluarga.

Sebagai anak yang masih
kecil, saya sering saja merungut.
Saya
menangis mahukan nasi dan lauk yang
banyak. Tapi ibu cepat memujuk.
Ketika
makan, ibu sering membahagikan
bahagian nasinya untuk saya.
Sambil
memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu
berkata : ' ' Makanlah nak ibu tak
lapar.

' - PEMBOHONGAN IBU YANG
PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih
sering meluangkan watu senggangnya
untuk pergi memancing di tali air
berhampiran rumah.
Ibu berharap dari
ikan hasil pancingan itu dapat
memberikan sedikit makanan untuk
membesarkan kami adik-beradik.
Pulang
dari memancing, ibu memasak gulai ikan
yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu
ibu duduk disamping kami dan memakan
sisa daging ikan yang masih menempel
di tulang daripada bekas sisa ikan
yang saya makan tadi.
Saya sedih
melihat ibu seperti itu.. Hati saya
tersentuh lalu dengan menggunakan sudu
saya memberikan ikan itu kepada ibu.
Tetapi ibu dengan cepat menolaknya.
Ibu berkata : ' Makanlah nak, ibu tak
suka makan ikan.

' - PEMBOHONGAN IBU
YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk
sekolah menengah.
Ibu pergi ke kedai
dengan membawa sejumlah penyapu lidi
dan kuih-muih untuk menyara
persekolahan saya,abang dan kakak.

Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30
pagi saya terjaga dari tidur.
Saya melihat ibu membuat kuih dengan
beremankan sebuah pelita di
hadapannya.
Beberapa kali saya melihat
kepala ibu terhangguk kerana
mengantuk.
Saya berkata : ' Ibu,
tidurlah, esok pagi ibu kena pergi
kebun pula.
' Ibu tersenyum dan
berkata : ' Cepatlah tidur nak, ibu
belum mengantuk lagi.

' - PEMBOHONGAN
IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu
meminta cuti kerja supaya dapat
menemani saya pergi ke sekolah untuk
menduduki peperiksaan penting.
Ketika
hari sudah siang, terik panas matahari
mulai menyinari, ibu terus sabar
menunggu saya di luar dewan.
Ibu
seringkali saja tersenyum dan mulutnya
terkumat-kamit berdoa kepada Illahi
agar saya lulus ujian peperiksaan ini
dengan cemerlang.
Ketika loceng
berbunyi menandakan ujian sudah
selesai, ibu dengan segera menyambut
saya dan menuangkan kopi yang sudah
disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat
dibandingkan dengan kasih sayang ibu
yang jauh lebih kental.

Melihat tubuh
ibu yang dibasahi peluh, saya segera
memberikan cawan saya itu kepada ibu
dan menyuruhnya minum.
Tapi ibu cepat-
cepat menolaknya dan berkata : '
Minumlah nak, ibu tak haus!! '

-PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit,
iaitu selepas saya baru beberapa bulan
dilahirkan, ibulah yang mengambil
tugas sebagai ayah kepada kami
sekeluarga.

Ibu bekerja mengambil upah
di kebun, membuat penyapu lidi dan
menjual kuih-muih agar kami tidak
kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat
seorang ibu.
Kehidupan keluarga kami
semakin susah dan susah.

Melihat
keadaan keluarga yang semakin parah,
seorang pakcik yang baik hati dan
tinggal berjiran dengan kami, datang
untuk membantu ibu.
Anehnya, ibu
menolak bantuan itu.
Jiran-jiran
sering kali menasihati ibu supaya
menikah lagi agar ada seorang lelaki
yang akan menjaga dan mencarikan wang
untuk kami sekeluarga.
Tetapi ibu yang
keras hatinya tidak mengendahkan
nasihat mereka.
Ibu berkata : ' Saya
tidak perlukan cinta dan saya tidak
perlukan lelaki.

' - PEMBOHONGAN IBU
YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar
dan mula bekerja, ibu sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh ibu supaya
berehat sahaja di rumah.
Tidak
payahlah lagi bersusah payah dan
bersengkang mata untuk mencari duit.
Tetapi ibu tidak mahu.
Ibu rela pergi
ke pasar setiap pagi menjual sedikit
sayur untuk memenuhi keperluan
hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja
jauh di kota besar sering mengirimkan
wang untuk membantu memenuhi keperluan
ibu, pun begitu ibu tetap berkeras
tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan ibu mengirim balik wang itu
dan ibu berkata : ' Jangan susah-
susah, ibu ada duit.

' - PEMBOHONGAN
IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti,
saya melanjutkan lagi pelajaran ke
peringkat sarjana di luar Negara.
Pengajian saya di sana dibiayai
sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan
cemerlang,kemudian saya pun bekerja
dengan syarikat yang telah membiayai
pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya
berhajat membawa ibu untuk menikmati
penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, ibu sudah puas
bersusah payah untuk kami.
Hampir
seluruh hidupnya habis dengan
penderitaan, eloklah kalau hari-hari
tuanya ini ibu habiskan dengan
keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi
ibu yang baik hati, menolak ajakan
saya.
Ibu tidak mahu menyusahkan
anaknya ini dengan berkata ; ' Tak
payahlah, ibu tak biasa tinggal di
negara orang.

' - PEMBOHONGAN IBU YANG
KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin
tua.. Suatu malam saya menerima berita
ibu diserang penyakit kanser.
Ibu
mesti dibedah secepat mungkin.
Saya
yang ketika itu berada jauh diseberang
samudera terus segera pulang untuk
menjenguk ibunda tercinta.
Saya
melihat ibu terbaring lemah di katil
hospital setelah menjalani pembedahan.
Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap
wajah saya dengan penuh kerinduan.
Ibu
menghadiahkan saya sebuah senyuman
biarpun agak kaku kerana terpaksa
menahan sakit yang menjalari setiap
inci tubuhnya.. Saya dapat melihat
dengan jelas betapa seksanya penyakit
itu telah memamah tubuh ibu sehingga
ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil
berlinangan air mata .
Saya cium
tangan ibu kemudian saya kecup pula
pipi dan dahinya.

Di saat itu hati
saya terlalu pedih, sakit sekali
melihat ibu dalam keadaan seperti ini.
Tetapi ibu tetap tersenyum dan
berkata : ' Jangan menangis nak, ibu
tak sakit.

' - PEMBOHONGAN IBU YANG
KELAPAN.




Setelah mengucapkan pembohongan yang
kelapan itu, ibunda tercinta menutup
matanya untuk kali terakhir kali.

Monday, April 21, 2008

Assalamualaikum

Jadi ni la blog pertama yg aku buat utk tatapan dan pedoman rakan2 serta hamba2 Allah S.W.T yang lain. Sesungguhnya aku manusia yang keliru dan tidak tahu. Jadi tidak sempurna seperti kalian juga. Moga maafkan segala kesilapan yg pastinya dari aku yg mungkin sengaja atau tidak disengajakan didalam penulisan2 yg bakal aku lakukan nanti. Insya-Allah.

(Dah abis Mukadimah dgn ayat penuh sopan)
Blog ini dibuat khusus untuk:
- Menceritakan kisah2 yg aku lalui yg mebi bleh share ngn hangpa (korang ;p)
- Mengkritik apa sahaja. cth, kengkawan, muzik, politik, ketua kampung, nelayan dan sebagainya
- Membincangkan apa sahaja idea baik bernas (bukan jenama beras) atau merapu
- Menyediakan info2 yg terkini tentang apa saja
- Memberikan pendapat peribadi aku tentang apa shj. cth ekonomi, agama, angkasa lepas, serangga, serbuk kari, abg Din dan lain2.
- Bertukar-tukar pendapat dengan semua org yang boleh memahami bahasa yang aku taip ni. (mebi nnt aku update wat bhs penjajah plak so bleh bincang2 ngn org 1 dunia).
- Aku pun xto dh utk apa. Dok pusing2 benda yg sama ja. hehehe ;p