Tuesday, July 29, 2008

Malam Ini

malam ini, seorang anak didera oleh bapanya, tiada tempat mengadu,
malam ini, seorang isteri diterajang suaminya, tiada tempat mengadu,
malam ini, sebuah rumahtangga yg terbina atas dasar cinta terlerai dgn satu lafaz cerai,
malam ini, seorang manusia meraung kesakitan, bertarung dgn ajal,
malam ini, seorang ibu tunggal mengangis memikirkan cara utk terus menyara anak2nya,
malam ini, seorang sahabat menipu sahabatnya utk kepentingan diri sendiri,
malam ini, satu lafaz cinta palsu telah diucapkan,
malam ini, seorang gadis korbankan maruahnya demi dunia,
malam ini, seorang pelacur melayan pelanggannya utk mengisi perut,
malam ini. seorang muslim telah dibunuh seorang kafir,
malam ini, seorang manusia membunuh diri kerana putus harapan,
malam ini, seorang kaki judi mensia-siakan masa dan hartanya,
malam ini, seorang manusia khayal dalam dunia dadah buat pertama kali,
malam ini, seorang abang merogol adiknya sendiri,
malam ini, seorang melayu memukul seorang melayu,
malam ini, seorang berbangsa bukan melayu tersenyum melihat pergaduhan itu,
malam ini, seorang bapa bersedih mengenangkan nasibnya di rumah orang2 tua,
malam ini, seorang anak menderhakai ibubapanya,
malam ini, seorang pencuri pulang dgn membawa hasil yg lumayan,
malam ini, seorang kanak2 menjadi yatim piatu,
malam ini, seorang kaya menghina seorang miskin,
malam ini, seorang manusia telah mengubah jantinanya, mengubah pemberian Tuhan,
malam ini, seorang peniaga telah menipu pelanggannya,
malam ini, seorang manusia kelaparan kerana tiada wang dan kemampuan,
malam ini, seorang manusia kesejukan kerana tiada tempat tinggal,
malam ini, seorang manusia tidur dalam kekenyangan hasil dari duit haram,
malam ini, syaitan berkeliaran menghasut manusia supaya tidak bersyukur dan melakukan kejahatan,
MALAM ESOK?
malam esok juga sama.
kitaran hidup manusia zaman ini,
ada yg hanyut, ada yg sesat, ada yg tidak,
disulami qada dan qadar yg sentiasa mendampingi,
yang bersyukur akan sedar yg ianya Ujian dari Illahi.

*text taken from "the papers of heart" written by wan azizul wan yusoff..

No comments: