Friday, August 8, 2008

Cinta Seorang Petani (Episod 1)

Kisah ini berlaku kira2 30 tahun yg lampau. Sa'adon, itulah namanya. Seorang lelaki yg berusia lewat 20-an yg hidupnya susah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kecuali dibulan Ramadhan. Ini kerana dibulan Ramadhan umat Islam tidak dibenarkan makan dan minum dengan sengaja disiang hari. Hatta Sa'adon ini tidaklah mempunyai ibu dan bapa serta adik beradik yg lain. Dia seorang yatim piatu yg hidup sebatang kara. Tetapi Sa'adon sangatlah rajin orangnya. Tulangnya ringan seperti aloy ataupun aluminium. Setiap hari, sebelum terbit matahari dia sudah keluar mencari rezeki. Bila tiba senja barulah dia pulang kerumah. Begitulah kehidupan Sa'adon seharian yg amat berbeza sekali dengan Ahmad Jais ataupun L.Ramlee yg ketika itu rancak bermain muzik.

Adapun Sa'adon ini seorang insan biasa. Dia mempunyai naluri sepertimana yg dimiliki lelaki2 lain. Jauh disudut hatinya timbul perasaan ingin berumahtangga. Tetapi siapa yg memandang orang sepertinya. Tiada rupa dan harta. Tetapi rupanya tidaklah begitu buruk seperti cipanzi ataupun kekatu, tetapi agak kurang kacak sedikit berbanding Wahid Satay yg ketika itu popular dengan filem "Pontianak". Hakikatnya Sa'adon telahpun mempunyai pilihan hati. Anak ketua kampung sebelah yg begitu comel seakan-akan aktres Zaitun yg sememangnya popular pada ketika itu. Jika difikirkan memanglah jauh panggang dari api. Jauhnya kira2 18 meter yg sememangnya membuatkan makanan yg dipanggang
itu akan mengambil masa kira2 2 purnama untuk masak. Satu lagi keistimewaan Sa'adon ialah sikap tidak mudah mengalahnya. Jika dia berkemahuankan sesuatu, dia pasti mencari jalan mendapatkannya. Tetapi jika ketika itu dia mahukan siaran Astro tentulah mustahil dia mendapatnya kerana ketika itu tokey Astro sekarang pun masih kecil dan berhingus lagi. Adapun kemahuan Sa'adon ini bukanlah kemahuan biasa. Perasaan inginkan Lijah, anak ketua kampung itu semakin hari semakin membara.

Suatu hari Sa'adon menyuarakan hasratnya itu kepada jirannya Kudin Koko, yg memang akrab dengannya semenjak kecil lagi. Selepas mendengar luahan hati Sa'adon itu, maka tergelak besarlah Kudin Koko sambil menganyam tikar mengkuang milik bapa saudara beliau. Siapa yg tak geli hati, seorang lelaki yg tiada apa2 berkemahuankan seorang anak ketua kampung. Sudah pasti tidak diterima hasratnya itu fikir Kudin Koko. Maka Sa'adon yg kecil hati itu pun meninggalkan Kudin Koko yg masih tidak henti-henti ketawa sehingga merisaukan kedua orang tuanya yang dari tadi bermain polis sentri dibwah rumah. Tetapi perkara itu tidak mematahkan semangat Sa'adon. Malah lebih kuat lagi. Cuma Sa'adon sedikit kecewa kerana tidak menyangka yang Kudin Koko yg dianggapnya sahabat karib akan mentertawakannya sampai begitu sekali.

Selepas puas berfikir, akhirnya Sa'adon membuat keputusan. Walau apa pn yg perlu dia lalui, dia akan dapatkan Lijah. Tiada apa yg dapat menghalang semangatnya kini. Sa'adon mengambil keputusan untuk berhijrah kekampung sebelah mencari pekerjaan sebagai langkah pertamanya. Keputusannya itu agak tidak disenangi oleh Kudin Koko kerana dia akan kehilangan rakan untuk melastik burung dan menuba ikan. Pada masa itu aktiviti menuba ikan masih belum diharamkan. Tetapi melihatkan semangat rakannya itu Kudin Koko merelakan pemergian Sa'adon. Dengan bebekalkan 90sen pemberian Kudin Koko, Sa'adon memulakan perjalanannya.

Perjalanan ke kampung sebelah mengambil masa kira2 2 jam. Setelah penat berjalan, Sa'adon bersandar di sebatang pokok di pintu masuk ke kampung itu. Sambil bersandar, Sa'adon mengimbau kembali peristiwa dimana dia ternampak dan jatuh cinta pandang pertama dengan Lijah. Pada hari itu, Sa'adon pergi menjerat burung. Tanpa disedari, jauh sudah dia berjalan hingga ke kampung sebelah. Pada ketika itulah dia terlihat Lijah disungai membasuh pakaian. Sungguh ayu wanita itu. Dia mengekori Lijah untuk melihat rumahnya. Dalam perjalanan itulah entah bagaimana baju yg diusung Lijah terjatuh dan Sa'adon bernasib baik kerana mempunyai peluang menolong mengutip baju itu sekaligus sempat menanyakan nama dan tempat tinggal Lijah. Senyuman Lijah yg manis pada hari itu masih diingatinya sehingga kini. Tanpa disedari Sa'adon terlelap dengan mimpi yg indah.

Senja pun menjengah ketika Sa'adon terjaga dari lenanya. Sa'adon pun masuklah kekampung itu dan mencari surau untuk menunaikan solat Maghrib dan mengqada Asarnya. Setelah selesai menunaikan kewajipannya, ketika dia sedang bersandar
didinding surau itu, dia didatangi seorang lelaki. Lelaki lewat 40-an itu memperkenalkan dirinya sebagai Pak Teh Lalat. Maka berbuallah mereka dan saling berkenalan. Dari surau membawa kekedai kopi. Pada mulanya risau juga
Sa'adon kerana dia tidak mempunyai wang melainkan bekalan 90sen utk dia meneruskan hidup sementara memperolehi kerja disana. Tetapi Pak Teh Lalat seakan memahami dan menawarkan diri untuk membelanja Sa'adon. Setelah menceritakan tujuannya datang kekampung itu untuk bekerja, Pak Teh Lalat menawarkan pekerjaan kepada Sa'adon. Sa'adon ditawarkan untuk menolong Pak Teh Lalat mengusahakan ladang terungnya yg agak luas kira-kira 2 ekar. Gembira dengan tawaran Pak Teh Lalat, Sa'adon segera menerima tawaran itu walaupun gajinya sikit, tetapi makan dan tempat tinggal disediakan oleh Pak Teh Lalat. Dalam kegembiraan itu Sa'adon sempat menyanyikan beberapa rangakap lagu dari album kedua M.Shariff sambil korusnya disambung oleh pelanggan2 kedai kopi itu. Maka meriahlah suasana kedai kopi itu sehinggakan kedai Basikal disebelahnya turut merasakan tempiasnya.

Apakah cabaran2 lain bakal dihadapi Sa'adon selepas ini? Dapatkah Sa'adon menambat hati Lijah? nantikan sambungannya di episod kedua nanti. bersambung...