tag:blogger.com,1999:blog-63143623696448283562024-03-14T01:17:52.843-07:00StrawbearuHambaKelirubearuhttp://www.blogger.com/profile/10158142433337235070noreply@blogger.comBlogger10125tag:blogger.com,1999:blog-6314362369644828356.post-45319547338982355962008-08-08T11:06:00.001-07:002008-08-08T11:06:50.097-07:00Cinta Seorang Petani (Episod 1)Kisah ini berlaku kira2 30 tahun yg lampau. Sa'adon, itulah namanya. Seorang lelaki yg berusia lewat 20-an yg hidupnya susah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kecuali dibulan Ramadhan. Ini kerana dibulan Ramadhan umat Islam tidak dibenarkan makan dan minum dengan sengaja disiang hari. Hatta Sa'adon ini tidaklah mempunyai ibu dan bapa serta adik beradik yg lain. Dia seorang yatim piatu yg hidup sebatang kara. Tetapi Sa'adon sangatlah rajin orangnya. Tulangnya ringan seperti aloy ataupun aluminium. Setiap hari, sebelum terbit matahari dia sudah keluar mencari rezeki. Bila tiba senja barulah dia pulang kerumah. Begitulah kehidupan Sa'adon seharian yg amat berbeza sekali dengan Ahmad Jais ataupun L.Ramlee yg ketika itu rancak bermain muzik.

Adapun Sa'adon ini seorang insan biasa. Dia mempunyai naluri sepertimana yg dimiliki lelaki2 lain. Jauh disudut hatinya timbul perasaan ingin berumahtangga. Tetapi siapa yg memandang orang sepertinya. Tiada rupa dan harta. Tetapi rupanya tidaklah begitu buruk seperti cipanzi ataupun kekatu, tetapi agak kurang kacak sedikit berbanding Wahid Satay yg ketika itu popular dengan filem "Pontianak". Hakikatnya Sa'adon telahpun mempunyai pilihan hati. Anak ketua kampung sebelah yg begitu comel seakan-akan aktres Zaitun yg sememangnya popular pada ketika itu. Jika difikirkan memanglah jauh panggang dari api. Jauhnya kira2 18 meter yg sememangnya membuatkan makanan yg dipanggang
itu akan mengambil masa kira2 2 purnama untuk masak. Satu lagi keistimewaan Sa'adon ialah sikap tidak mudah mengalahnya. Jika dia berkemahuankan sesuatu, dia pasti mencari jalan mendapatkannya. Tetapi jika ketika itu dia mahukan siaran Astro tentulah mustahil dia mendapatnya kerana ketika itu tokey Astro sekarang pun masih kecil dan berhingus lagi. Adapun kemahuan Sa'adon ini bukanlah kemahuan biasa. Perasaan inginkan Lijah, anak ketua kampung itu semakin hari semakin membara.

Suatu hari Sa'adon menyuarakan hasratnya itu kepada jirannya Kudin Koko, yg memang akrab dengannya semenjak kecil lagi. Selepas mendengar luahan hati Sa'adon itu, maka tergelak besarlah Kudin Koko sambil menganyam tikar mengkuang milik bapa saudara beliau. Siapa yg tak geli hati, seorang lelaki yg tiada apa2 berkemahuankan seorang anak ketua kampung. Sudah pasti tidak diterima hasratnya itu fikir Kudin Koko. Maka Sa'adon yg kecil hati itu pun meninggalkan Kudin Koko yg masih tidak henti-henti ketawa sehingga merisaukan kedua orang tuanya yang dari tadi bermain polis sentri dibwah rumah. Tetapi perkara itu tidak mematahkan semangat Sa'adon. Malah lebih kuat lagi. Cuma Sa'adon sedikit kecewa kerana tidak menyangka yang Kudin Koko yg dianggapnya sahabat karib akan mentertawakannya sampai begitu sekali.

Selepas puas berfikir, akhirnya Sa'adon membuat keputusan. Walau apa pn yg perlu dia lalui, dia akan dapatkan Lijah. Tiada apa yg dapat menghalang semangatnya kini. Sa'adon mengambil keputusan untuk berhijrah kekampung sebelah mencari pekerjaan sebagai langkah pertamanya. Keputusannya itu agak tidak disenangi oleh Kudin Koko kerana dia akan kehilangan rakan untuk melastik burung dan menuba ikan. Pada masa itu aktiviti menuba ikan masih belum diharamkan. Tetapi melihatkan semangat rakannya itu Kudin Koko merelakan pemergian Sa'adon. Dengan bebekalkan 90sen pemberian Kudin Koko, Sa'adon memulakan perjalanannya.

Perjalanan ke kampung sebelah mengambil masa kira2 2 jam. Setelah penat berjalan, Sa'adon bersandar di sebatang pokok di pintu masuk ke kampung itu. Sambil bersandar, Sa'adon mengimbau kembali peristiwa dimana dia ternampak dan jatuh cinta pandang pertama dengan Lijah. Pada hari itu, Sa'adon pergi menjerat burung. Tanpa disedari, jauh sudah dia berjalan hingga ke kampung sebelah. Pada ketika itulah dia terlihat Lijah disungai membasuh pakaian. Sungguh ayu wanita itu. Dia mengekori Lijah untuk melihat rumahnya. Dalam perjalanan itulah entah bagaimana baju yg diusung Lijah terjatuh dan Sa'adon bernasib baik kerana mempunyai peluang menolong mengutip baju itu sekaligus sempat menanyakan nama dan tempat tinggal Lijah. Senyuman Lijah yg manis pada hari itu masih diingatinya sehingga kini. Tanpa disedari Sa'adon terlelap dengan mimpi yg indah.

Senja pun menjengah ketika Sa'adon terjaga dari lenanya. Sa'adon pun masuklah kekampung itu dan mencari surau untuk menunaikan solat Maghrib dan mengqada Asarnya. Setelah selesai menunaikan kewajipannya, ketika dia sedang bersandar
didinding surau itu, dia didatangi seorang lelaki. Lelaki lewat 40-an itu memperkenalkan dirinya sebagai Pak Teh Lalat. Maka berbuallah mereka dan saling berkenalan. Dari surau membawa kekedai kopi. Pada mulanya risau juga
Sa'adon kerana dia tidak mempunyai wang melainkan bekalan 90sen utk dia meneruskan hidup sementara memperolehi kerja disana. Tetapi Pak Teh Lalat seakan memahami dan menawarkan diri untuk membelanja Sa'adon. Setelah menceritakan tujuannya datang kekampung itu untuk bekerja, Pak Teh Lalat menawarkan pekerjaan kepada Sa'adon. Sa'adon ditawarkan untuk menolong Pak Teh Lalat mengusahakan ladang terungnya yg agak luas kira-kira 2 ekar. Gembira dengan tawaran Pak Teh Lalat, Sa'adon segera menerima tawaran itu walaupun gajinya sikit, tetapi makan dan tempat tinggal disediakan oleh Pak Teh Lalat. Dalam kegembiraan itu Sa'adon sempat menyanyikan beberapa rangakap lagu dari album kedua M.Shariff sambil korusnya disambung oleh pelanggan2 kedai kopi itu. Maka meriahlah suasana kedai kopi itu sehinggakan kedai Basikal disebelahnya turut merasakan tempiasnya.

Apakah cabaran2 lain bakal dihadapi Sa'adon selepas ini? Dapatkah Sa'adon menambat hati Lijah? nantikan sambungannya di episod kedua nanti. bersambung...
bearuhttp://www.blogger.com/profile/10158142433337235070noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6314362369644828356.post-73998427773247530912008-07-29T12:34:00.000-07:002008-07-29T12:36:11.461-07:00BelalangApa yang boleh dikatakan tentang belalang? belalang ialah sejenis objek yg hidup digelar serangga. ia digelar serangga kerana mempunyai kaki yg banyak disamping tidak mempunyai punai sepertimana seorang manusia lelaki.

terdapat pelbagai kategori belalang diantaranya belalang kunyit, belalang err..err..nujum pak belalang dan sebagainya..namun begitu, bukanlah bermaksud nujum pak belalang itu sejenis serangga kerana ia merupakan watak lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yg sememangnya seorang manusia normal. cuma didalam filem berkenaan, serangga belalang ini muncul dalam 1 babak dimana ia disembunyikan didalam telapak tangan seorang raja yang jahat sebagai jawapan kepada teka-teki jahatnya. Mujurlah nasib menyebelahi pak belalang yang pada ketika itu menyebut nama anaknya (belalang) berkali-kali sekaligus menyelamatkan negaranya dari dijajah.

Berbalik kepada serangga belalang, terdapat banyak kegunaan belalang yg diketahui dan sebahagiannya masih belum diketahui oleh masyarakat. seperti yang semua orang sedia maklum, belalang boleh dijadikan makanan dimana ia mengandungi sumber protin yg mengagumkan. protin ini amat berguna untuk sistem badan kita bagi memastikan kita sentiasa sihat dan cerdas. selain itu, belalang juga berguna sebagai platform untuk melariskan penjualan racun serangga dikalangan petani. jika tiada belalang dan beberapa serangga perosak yang lain, pastinya racun ini tidak dapat dijual, malahan lebih teruk, mungkin tidak akan dicipta sama sekali. bukankah ini satu kerugian dimana kita akan kehilangan 1 sektor yang agak penting iaitu sektor pembuatan racun serangga?berapa orang akan menganggur jika itu berlaku?jadi pastinya belalang ini amat penting untuk pertumbuhan ekonomi sesebuah negara serta masyarakat.

Selain kegunaan diatas, belalang juga samada disedari atau tidak amat berguna untuk bidang perubatan. salah satu bukti yang saya boleh berikan ialah berdasarkan pengalaman saya baru-baru ini. kisah ini agak meyayat hati dan boleh dijadikan pedoman. ia berlaku dalam sekelip mata tanpa diduga dan disedari oleh sesiapa. satu titik hitam dalam kehidupan seorang manusia tercipta pada malam yg agak malang itu. entah bagaimana seekor belalang dengan jitunya memasuki lubang hidung salah seorang kenalan saya ketika dia sedang mendaki tangga rumahnya. dia yg terasa ternoda dengan kejadian itu menjadi trauma walaupun belalang itu sudah berjaya dikeluarkan. jadi apa relevannya disini (mengaitkan belalang dengan kepentingan perubatan)? Belalang itu tentu tidak dapat dikeluarkan jika tiada ilmu perubatan. Ilmu perubatan membuang belalang dari hidung tentu tidak akan tercipta sekiranya belalang itu tidak wujud. mudah bukan?

Belalang juga memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan tatabahasa sastera melayu dan ilmu matematik. sedar atau tidak, kepetahan kita dalam berbicara bahasa melayu dapat dikaitkan dengan kepentingan belalang. sebagai contoh, tedapat satu peribahasa melayu yang berbunyi "lain padang lain belalang". seperti yg dapat kita lihat, peribahasa ini bukan sahaja menerangkan mengenai adat dan cara hidup, tetapi juga melibatkan pengiraan dimana kita perlu mengira didalam keluasan sesuatu padang itu, dengan mengambil kira perimeter yg logik, berapakah bilangan belalang didalam padang itu berbanding padang yg lainnya. ini didalam bahasa matematiknya bergelar statistik. jadi cuba kita kaitkan kepentingan belalang disini. jika peribahasa itu berbunyi "lain padang lain mikroorganisma", ia akan melibatkan satu pengiraan yang begitu banyak dimana dianggarkan terdapat ber bilion-bilion mikroorganisma di sesebuah padang. jadi ini akan melemahkan semangat orang-orang melayu pada masa itu (dizaman microskop masih belum wujud) dan akibatnya, peribahasa dan ilmu matematik akan diabaikan terus kerana kebanyakan orang pada masa itu akan berputus asa dan menganggap peribahasa dan matematik adalah sesuatu yg sukar dipelajari. Akibat yg lebih teruk apabila ramai orang menghabiskan hampir keseluruhan usia untuk mengira mikroorganisma diatas padang dan ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi terencat.

Jadi seharusnya kita sedar kepentingan belalang dalam mengimbangi ekosistem kita disamping menjana teknologi serta ilmu yang tiada hadnya. belalang juga amat penting dalam pembentukan industri perfileman masa kini. jika tiada belalang, penerbit-penerbit serta pengarah-pengarah filem tidak akan dengan mudah mendapat ilham untuk membuat filem komedi. ini kerana tiadanya filem nujum pak belalang yang menjadi sumber inspirasi hampir kesemua penerbit serta pengarah filem. Mungkin dengan tiadanya belalang, filem itu bertajuk "nujum pak pacat" atau "nujum pak lipas" yang pastinya akan menyebabkan filem itu kurang kelakar dan membosankan kerana kebanyakan serangga itu tidak disukai oleh masyarakat kita.

Jadi dari itu, marilah kita bersama-sama hidup dengan harmoni sambil melukis gambar belalang di dinding-dinding rumah kita. manalah tahu, suatu hari nanti belalang itu akan membawa manfaat kedalam kehidupan kita (walaupun sekali sekala ia akan masuk ke dalam lubang hidung kita) sekaligus menghasilkan jutawan-jutawan baru yang lebih bertaqwa. Wassalam.bearuhttp://www.blogger.com/profile/10158142433337235070noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6314362369644828356.post-56101166613116557182008-07-29T12:27:00.000-07:002008-07-29T12:31:34.068-07:00Malam Ini
malam ini, seorang anak didera oleh bapanya, tiada tempat mengadu,
malam ini, seorang isteri diterajang suaminya, tiada tempat mengadu,
malam ini, sebuah rumahtangga yg terbina atas dasar cinta terlerai dgn satu lafaz cerai,
malam ini, seorang manusia meraung kesakitan, bertarung dgn ajal,
malam ini, seorang ibu tunggal mengangis memikirkan cara utk terus menyara anak2nya,
malam ini, seorang sahabat menipu sahabatnya utk kepentingan diri sendiri,
malam ini, satu lafaz cinta palsu telah diucapkan,
malam ini, seorang gadis korbankan maruahnya demi dunia,
malam ini, seorang pelacur melayan pelanggannya utk mengisi perut,
malam ini. seorang muslim telah dibunuh seorang kafir,
malam ini, seorang manusia membunuh diri kerana putus harapan,
malam ini, seorang kaki judi mensia-siakan masa dan hartanya,
malam ini, seorang manusia khayal dalam dunia dadah buat pertama kali,
malam ini, seorang abang merogol adiknya sendiri,
malam ini, seorang melayu memukul seorang melayu,
malam ini, seorang berbangsa bukan melayu tersenyum melihat pergaduhan itu,
malam ini, seorang bapa bersedih mengenangkan nasibnya di rumah orang2 tua,
malam ini, seorang anak menderhakai ibubapanya,
malam ini, seorang pencuri pulang dgn membawa hasil yg lumayan,
malam ini, seorang kanak2 menjadi yatim piatu,
malam ini, seorang kaya menghina seorang miskin,
malam ini, seorang manusia telah mengubah jantinanya, mengubah pemberian Tuhan,
malam ini, seorang peniaga telah menipu pelanggannya,
malam ini, seorang manusia kelaparan kerana tiada wang dan kemampuan,
malam ini, seorang manusia kesejukan kerana tiada tempat tinggal,
malam ini, seorang manusia tidur dalam kekenyangan hasil dari duit haram,
malam ini, syaitan berkeliaran menghasut manusia supaya tidak bersyukur dan melakukan kejahatan,
MALAM ESOK?
malam esok juga sama.
kitaran hidup manusia zaman ini,
ada yg hanyut, ada yg sesat, ada yg tidak,
disulami qada dan qadar yg sentiasa mendampingi,
yang bersyukur akan sedar yg ianya Ujian dari Illahi.

*text taken from "the papers of heart" written by wan azizul wan yusoff..
bearuhttp://www.blogger.com/profile/10158142433337235070noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6314362369644828356.post-77908483033789000422008-06-09T07:35:00.001-07:002008-06-09T08:01:56.830-07:00Update Kamus Dewan Bahasa Bulan Mei 2008Ini adalah data yg dapat aku kumpul utk bulan ini beserta nama orang yg melakukan kesalahan tatabahasa tersebut.. Data ini mungkin berguna utk rujukan generasi akan datang. Mari sama² kita ikuti...

Baling Piring = Baghing (Naim)
Musim (bola) = Sem (Naim)
Buku Saman = Baju Biru (Naim)
Ambil yg ada katil = Ambil yg keretapi (Naim)
Atas = Atang (Arki)
Ciwi = Yoshi (Koro)
Tempatan = Tembikai (Shimi)
Keypad = Kipas (Arki)
Buah2an tempatan = Buah2an tembahan (Mudd Gila)
Talapia Hitam = Sependa Hitam (Mudd Gila)
Baju = Lagu (Muna)
Tebai = tepai (Arki)
Bee = labah-labah (Arki)
Kingston = kingsen (Azim)
RAM (Random Access Memory) = rim (Arki)
Bwk duit 5 ringgit = bwk minyak 5 ringgit (Amin)
Produk = prodok (Arki)
Rukun iman = rukun imam (Naim)
Ramlah Ram = Ramlah Lam (Miera)
Maggie = burger (Azim)
Tropika + Tembikai = tombikai (Arki)
Mustapha Kamal = Rahim Maarof (Arki)
Papa = baba (Miera)
Macho = machi (Muna)
Hidung = hijong (Noni)
Wadie (seorang lelaki) = Kak Wadie (Miera)
Dengan = dangan (Noni)
Kunci = cunci (Noni)
Tiket = piket (Noni)
Tokak = tokat (Miera)
Temujanji = temubual (Remy)
Edit = update (Apit)
Miera = Tokai (Arki)
Dildo = diudot (Remy)
Oklahoma = oklohoma (Noni)
Terang = cerang (Amin)
Peti besi = peti busi (Shimi)
Surya sebatang (rokok) = Surya sorang (Koro)
Suluh = suruh (Shimi)
Mak nyah = mak yah (Muna)
Eye Shadow = Eye shaido (Miera)
Beli ayaq = beli kentut (Naim)
Keli = kedi (Mat Ali)
Krumping = Krumper (Mudd Repo)
Kepala bulat = kepala bulaq (botak)
Anak luar nikah = anak luar haram (Noni)
Beli = bali (Noni)
Kentut = kutuk (Miera)
Tahan = tagham (Mat Ali)
Helmet = Henset (Wan tolang)
Bisnes = bines (Sanim)
Hidung kembang = Ikan kembang (Wan tolang)
Mazidul Akmal Sidek = Mazidul Kamal Sidek (Jart)
Gomen = goven (Along baru)
Bendang = benang (Miera)
Chik = Bear (Miera)
Kena potong = kena bayaq (Mudd Gila)
Samsu = samseng (Sanim)
Masuk = masup (Arki)
Masup = basup (Noni)
Lenggang = langgaq (Mudd Repo)
Progress = progrek (Mudd Repo)
Aku = Akuku (Along baru)

Setakat ini untuk bulan May. Aku akan update kamus bahasa utk bulan Jun diakhir bulan ini atau diawal bulan hadapan. TQ.bearuhttp://www.blogger.com/profile/10158142433337235070noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6314362369644828356.post-30609791161893149782008-05-06T11:24:00.000-07:002008-05-06T20:46:04.213-07:00SAMSENG *SEKADAR GAMBAR HIASAN

Assalamualaikum.
Aku terdetik nak tulis pasal SAMSENG ni selepas aku baca paper semalam pasal 10 orang pukul 1 orang sampai mati. Akhirnya dapat tau silap orang. Aku bertambah marah bila aku baca yang salah seorang dari 10 lelaki itu yg kononnya samseng menerajang pula perut isteri mangsa yang ketika itu baru sebulan melahirkan anak. Pada pendapat aku tu bukan SAMSENG, tapi itu lah pengecut sejati yang cuma berani pukul beramai-ramai dan hanya berani 1 by 1 dengan perempuan yang dalam pantang.

Apa itu samseng?
Merujuk kepada wikipedia "samseng atau gengster merupakan seorang penjenayah yang bergerak dalam suatu kumpulan/geng. Samseng biasanya terbabit dalam pelbagai jenis jenayah terancang dari jenayah ringan seperti peras ugut sehinggalah ke jenayah bersenjata yang melibatkan jutaan ringgit.
Tapi bagi aku samseng adalah sekumpulan manusia yang tak guna, tak berperikemanusiaan serta bodoh piang (tambahan piang ialah utk menunjukkan kebodohan yang terlampau) yang sedikit pun tak berguna utk kesejahteraan negara, kemurnian agama serta kedaulatan bangsa. Jika dirujuk kepada beberapa sumber sendiri pun, samseng sememangnya sinonim dengan Jenanyah.

Kenapa perlu samseng?
Ada beberapa sebab manusia menjadi samseng iaitu untuk mendapatkan wang dengan cara haram, ingin menjadi berkuasa serta ingin digeruni (kerana manusia seperti ini amat pengecut ketika berseorangan).

Bagi aku, hidup secara berkumpulan atau berpersatuan adalah amat baik kerana ianya menyatupadukan kita tak kira dari segi agama, bangsa, atau negara. Dalam Islam sendiri pun memang sudah menerapkan manusia untuk hidup bersatu contohnya berjemaah, melakukan fardhu Kifayyah dan lain-lain. Tetapi dalam Islam bahkan di dalam Al-Quran sendiri pun tidak pernah tertulis untuk kita menjadi samseng atau menganiaya orang lain yang lebih lemah, bahkan kita perlu melindungi mereka yang lemah. Itu lah fungsi persatuan serta jemaah. Ini kerana Islam mementingkan keharmonian serta keadilan.

Dari segi aspek kehidupan dan penyatuan bangsa pula, aku amat setuju dengan beberapa persatuan yang wujud dimana tujuan utama mereka ialah untuk menegakkan syiar Islam serta menyatupadukan bangsa melayu contohnya PEKIDA dan sebagainya.
Tetapi apa yang mengecewakan aku, ada segelintir manusia yang tamak serta gila menjadikan persatuan-persatuan ini sebagai platform untuk mewujudkan kumpulan-kumpulan samseng yang bagi aku banyak terdapat disekeliling kita sekarang. Sehinggakan, budak-budak sekolah pun turut terjebak oleh abang-abang yang KONONNYA samseng ini kekancah mereka. Bukankah tugas seorang pelajar ialah untuk belajar demi masa depan mereka? Kalau iya pun mereka perlukan perlindungan, tidak cukupkah ibu-bapa ,keluarga mereka serta undang-undang untuk melindungi mereka? Jadi apa relevannya untuk mereka menyertai persatuan samseng ini yang ada pula diantaranya tidak berdaftar? Jawapannya mudah, untuk keuntungan abang-abang SAMSENG dari yuran penyertaan yang menjanjikan perlindungan serta keseronokan memukul serta mengugut orang.

Tujuan kita hidup berkumpulan adalah untuk kebaikan dan bukan keburukan. Apakah kebaikan yang boleh didapati hasil dari perbuatan-perbuatan yang salah dari segi undang-undang dan agama? Sekuat mana pun kita atau kumpulan kita, kita perlu ingat bahawa ada lagi orang dan kumpulan yang lebih kuat dari kita. Jadi perkara ini akan tiada kesudahan dan berterusan jika semua orang terus mahu tunjuk samseng berpantun sana sini dengan isi yang kosong. Kosong maksud aku adalah dari segi rohani serta pemikiran.

Aku menyeru kepada semua orang melayu dan Muslim khususnya, bersatulah dengan cara yang betul. TAK PERLULAH SAMSENG. Cukuplah dengan menjaga kebajikan saudara semuslim kita serta mengikut undang-undang yang sedia ada.

Daripada Abdullah bin Amru bin Al-Aas bahawa Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: “Empat perkara yang menjadikannya seseorang itu munafik dan jika terdapat satu daripadanya maka ianya mempunyai ciri nifaq sehingga ditinggalkan iaitu apabila diberi kepercayaan dia khianati, bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia mungkir, bila berkelahi dia kejam.” (Riwayat Muttafaq Alaih)

Berdasarkan hadis diatas, renungkanlah adakah kita tergolong dalam golongan munafik?
Kepada para SAMSENG diluar sana, insaf lah. Tak kemana pun dengan samseng tu sebab akhirnya hanya amalan kita yang akan dihisab bukan sebanyak mana konco kita.

Ini cuma sekadar pendapat peribadi aku. Jika ada mana-mana samseng yang tidak berpuas hati, tolonglah jangan pukul aku. Aku hamba Allah yang lemah :)

bearuhttp://www.blogger.com/profile/10158142433337235070noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6314362369644828356.post-66744809568063053292008-04-29T07:11:00.001-07:002008-04-29T07:19:28.494-07:00My Design For TELANJUNK community official Tee
Check it out or log on to www.telanjunk.blogspot.combearuhttp://www.blogger.com/profile/10158142433337235070noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6314362369644828356.post-9843268492364229972008-04-24T09:17:00.001-07:002008-04-24T09:23:19.921-07:00Apakah Maksud Keberanian, Keyakinan & KepercayaanGambar dibawah ini akan menerangkan maksud Keberanian, Keyakinan & Kepercayaan. Hangpa mesti setuju ngn aku lepas tgk gambaq ni kan. Tanpa Keberanian, Keyakinan dan Kepercayaan, pastinya aksi ini xbleh dilakukan. Hehehe..

bearuhttp://www.blogger.com/profile/10158142433337235070noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6314362369644828356.post-6738966425748549502008-04-24T07:49:00.000-07:002008-04-24T09:37:45.027-07:00Ibuku Seorang PembohongKisah ini aku petik dari 1 bulletin kt myspace. Lepaih baca ni aku agak terharu n sebak. memandangkan aku ni xdak ayah sejak dari darjah 1 lagi, jd mak aku la yg membesarkan aku sorang diri. So aku nk share la ngn hgpa cita ni. Sayangilah Ibu kita selagi kita masih memiliki mereka.

Ibuku Seorang Pembohong (dipetik dari bulletin kat myspace)

Memang sukar untuk orang lain
percaya,tapi itulah yang berlaku.

Ibu
saya memang seorang pembohong!!
Sepanjang ingatan saya sekurang-
kurangnya 8 kali ibu membohongi saya .

Saya perlu catatkan segala pembohongan
itu untuk dijadikan renungan anda
sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih
kecil.

Saya lahir sebagai seorang anak
lelaki dalam sebuah keluarga miskin.
Makan minum serba kekurangan.
Kami
sering kelaparan.
Adakalanya, selama
beberapa hari kami terpaksa makan
berlaukkan ikan masin dikongsi satu
keluarga.

Sebagai anak yang masih
kecil, saya sering saja merungut.
Saya
menangis mahukan nasi dan lauk yang
banyak. Tapi ibu cepat memujuk.
Ketika
makan, ibu sering membahagikan
bahagian nasinya untuk saya.
Sambil
memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu
berkata : ' ' Makanlah nak ibu tak
lapar.

' - PEMBOHONGAN IBU YANG
PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih
sering meluangkan watu senggangnya
untuk pergi memancing di tali air
berhampiran rumah.
Ibu berharap dari
ikan hasil pancingan itu dapat
memberikan sedikit makanan untuk
membesarkan kami adik-beradik.
Pulang
dari memancing, ibu memasak gulai ikan
yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu
ibu duduk disamping kami dan memakan
sisa daging ikan yang masih menempel
di tulang daripada bekas sisa ikan
yang saya makan tadi.
Saya sedih
melihat ibu seperti itu.. Hati saya
tersentuh lalu dengan menggunakan sudu
saya memberikan ikan itu kepada ibu.
Tetapi ibu dengan cepat menolaknya.
Ibu berkata : ' Makanlah nak, ibu tak
suka makan ikan.

' - PEMBOHONGAN IBU
YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk
sekolah menengah.
Ibu pergi ke kedai
dengan membawa sejumlah penyapu lidi
dan kuih-muih untuk menyara
persekolahan saya,abang dan kakak.

Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30
pagi saya terjaga dari tidur.
Saya melihat ibu membuat kuih dengan
beremankan sebuah pelita di
hadapannya.
Beberapa kali saya melihat
kepala ibu terhangguk kerana
mengantuk.
Saya berkata : ' Ibu,
tidurlah, esok pagi ibu kena pergi
kebun pula.
' Ibu tersenyum dan
berkata : ' Cepatlah tidur nak, ibu
belum mengantuk lagi.

' - PEMBOHONGAN
IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu
meminta cuti kerja supaya dapat
menemani saya pergi ke sekolah untuk
menduduki peperiksaan penting.
Ketika
hari sudah siang, terik panas matahari
mulai menyinari, ibu terus sabar
menunggu saya di luar dewan.
Ibu
seringkali saja tersenyum dan mulutnya
terkumat-kamit berdoa kepada Illahi
agar saya lulus ujian peperiksaan ini
dengan cemerlang.
Ketika loceng
berbunyi menandakan ujian sudah
selesai, ibu dengan segera menyambut
saya dan menuangkan kopi yang sudah
disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat
dibandingkan dengan kasih sayang ibu
yang jauh lebih kental.

Melihat tubuh
ibu yang dibasahi peluh, saya segera
memberikan cawan saya itu kepada ibu
dan menyuruhnya minum.
Tapi ibu cepat-
cepat menolaknya dan berkata : '
Minumlah nak, ibu tak haus!! '

-PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit,
iaitu selepas saya baru beberapa bulan
dilahirkan, ibulah yang mengambil
tugas sebagai ayah kepada kami
sekeluarga.

Ibu bekerja mengambil upah
di kebun, membuat penyapu lidi dan
menjual kuih-muih agar kami tidak
kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat
seorang ibu.
Kehidupan keluarga kami
semakin susah dan susah.

Melihat
keadaan keluarga yang semakin parah,
seorang pakcik yang baik hati dan
tinggal berjiran dengan kami, datang
untuk membantu ibu.
Anehnya, ibu
menolak bantuan itu.
Jiran-jiran
sering kali menasihati ibu supaya
menikah lagi agar ada seorang lelaki
yang akan menjaga dan mencarikan wang
untuk kami sekeluarga.
Tetapi ibu yang
keras hatinya tidak mengendahkan
nasihat mereka.
Ibu berkata : ' Saya
tidak perlukan cinta dan saya tidak
perlukan lelaki.

' - PEMBOHONGAN IBU
YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar
dan mula bekerja, ibu sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh ibu supaya
berehat sahaja di rumah.
Tidak
payahlah lagi bersusah payah dan
bersengkang mata untuk mencari duit.
Tetapi ibu tidak mahu.
Ibu rela pergi
ke pasar setiap pagi menjual sedikit
sayur untuk memenuhi keperluan
hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja
jauh di kota besar sering mengirimkan
wang untuk membantu memenuhi keperluan
ibu, pun begitu ibu tetap berkeras
tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan ibu mengirim balik wang itu
dan ibu berkata : ' Jangan susah-
susah, ibu ada duit.

' - PEMBOHONGAN
IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti,
saya melanjutkan lagi pelajaran ke
peringkat sarjana di luar Negara.
Pengajian saya di sana dibiayai
sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan
cemerlang,kemudian saya pun bekerja
dengan syarikat yang telah membiayai
pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya
berhajat membawa ibu untuk menikmati
penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, ibu sudah puas
bersusah payah untuk kami.
Hampir
seluruh hidupnya habis dengan
penderitaan, eloklah kalau hari-hari
tuanya ini ibu habiskan dengan
keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi
ibu yang baik hati, menolak ajakan
saya.
Ibu tidak mahu menyusahkan
anaknya ini dengan berkata ; ' Tak
payahlah, ibu tak biasa tinggal di
negara orang.

' - PEMBOHONGAN IBU YANG
KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin
tua.. Suatu malam saya menerima berita
ibu diserang penyakit kanser.
Ibu
mesti dibedah secepat mungkin.
Saya
yang ketika itu berada jauh diseberang
samudera terus segera pulang untuk
menjenguk ibunda tercinta.
Saya
melihat ibu terbaring lemah di katil
hospital setelah menjalani pembedahan.
Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap
wajah saya dengan penuh kerinduan.
Ibu
menghadiahkan saya sebuah senyuman
biarpun agak kaku kerana terpaksa
menahan sakit yang menjalari setiap
inci tubuhnya.. Saya dapat melihat
dengan jelas betapa seksanya penyakit
itu telah memamah tubuh ibu sehingga
ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil
berlinangan air mata .
Saya cium
tangan ibu kemudian saya kecup pula
pipi dan dahinya.

Di saat itu hati
saya terlalu pedih, sakit sekali
melihat ibu dalam keadaan seperti ini.
Tetapi ibu tetap tersenyum dan
berkata : ' Jangan menangis nak, ibu
tak sakit.

' - PEMBOHONGAN IBU YANG
KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang
kelapan itu, ibunda tercinta menutup
matanya untuk kali terakhir kali.
bearuhttp://www.blogger.com/profile/10158142433337235070noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6314362369644828356.post-57617838461938870272008-04-23T01:55:00.000-07:002008-04-23T02:02:32.659-07:00Pilihan design utk TELANjunk community. Tolong pilih wehni yg aku wat. pilih la. yg mana yg terpilih tu (1 ja) bleh la upload dlm blog telanjunk. TQ.

bearuhttp://www.blogger.com/profile/10158142433337235070noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6314362369644828356.post-16262913949342774182008-04-21T11:29:00.000-07:002008-04-21T11:44:59.718-07:00AssalamualaikumJadi ni la blog pertama yg aku buat utk tatapan dan pedoman rakan2 serta hamba2 Allah S.W.T yang lain. Sesungguhnya aku manusia yang keliru dan tidak tahu. Jadi tidak sempurna seperti kalian juga. Moga maafkan segala kesilapan yg pastinya dari aku yg mungkin sengaja atau tidak disengajakan didalam penulisan2 yg bakal aku lakukan nanti. Insya-Allah.

(Dah abis Mukadimah dgn ayat penuh sopan)
Blog ini dibuat khusus untuk:
- Menceritakan kisah2 yg aku lalui yg mebi bleh share ngn hangpa (korang ;p)
- Mengkritik apa sahaja. cth, kengkawan, muzik, politik, ketua kampung, nelayan dan sebagainya
- Membincangkan apa sahaja idea baik bernas (bukan jenama beras) atau merapu
- Menyediakan info2 yg terkini tentang apa saja
- Memberikan pendapat peribadi aku tentang apa shj. cth ekonomi, agama, angkasa lepas, serangga, serbuk kari, abg Din dan lain2.
- Bertukar-tukar pendapat dengan semua org yang boleh memahami bahasa yang aku taip ni. (mebi nnt aku update wat bhs penjajah plak so bleh bincang2 ngn org 1 dunia).
- Aku pun xto dh utk apa. Dok pusing2 benda yg sama ja. hehehe ;pbearuhttp://www.blogger.com/profile/10158142433337235070noreply@blogger.com1