Tuesday, May 6, 2008

SAMSENG

*SEKADAR GAMBAR HIASAN

Assalamualaikum.
Aku terdetik nak tulis pasal SAMSENG ni selepas aku baca paper semalam pasal 10 orang pukul 1 orang sampai mati. Akhirnya dapat tau silap orang. Aku bertambah marah bila aku baca yang salah seorang dari 10 lelaki itu yg kononnya samseng menerajang pula perut isteri mangsa yang ketika itu baru sebulan melahirkan anak. Pada pendapat aku tu bukan SAMSENG, tapi itu lah pengecut sejati yang cuma berani pukul beramai-ramai dan hanya berani 1 by 1 dengan perempuan yang dalam pantang.

Apa itu samseng?
Merujuk kepada wikipedia "samseng atau gengster merupakan seorang penjenayah yang bergerak dalam suatu kumpulan/geng. Samseng biasanya terbabit dalam pelbagai jenis jenayah terancang dari jenayah ringan seperti peras ugut sehinggalah ke jenayah bersenjata yang melibatkan jutaan ringgit.
Tapi bagi aku samseng adalah sekumpulan manusia yang tak guna, tak berperikemanusiaan serta bodoh piang (tambahan piang ialah utk menunjukkan kebodohan yang terlampau) yang sedikit pun tak berguna utk kesejahteraan negara, kemurnian agama serta kedaulatan bangsa. Jika dirujuk kepada beberapa sumber sendiri pun, samseng sememangnya sinonim dengan Jenanyah.

Kenapa perlu samseng?
Ada beberapa sebab manusia menjadi samseng iaitu untuk mendapatkan wang dengan cara haram, ingin menjadi berkuasa serta ingin digeruni (kerana manusia seperti ini amat pengecut ketika berseorangan).

Bagi aku, hidup secara berkumpulan atau berpersatuan adalah amat baik kerana ianya menyatupadukan kita tak kira dari segi agama, bangsa, atau negara. Dalam Islam sendiri pun memang sudah menerapkan manusia untuk hidup bersatu contohnya berjemaah, melakukan fardhu Kifayyah dan lain-lain. Tetapi dalam Islam bahkan di dalam Al-Quran sendiri pun tidak pernah tertulis untuk kita menjadi samseng atau menganiaya orang lain yang lebih lemah, bahkan kita perlu melindungi mereka yang lemah. Itu lah fungsi persatuan serta jemaah. Ini kerana Islam mementingkan keharmonian serta keadilan.

Dari segi aspek kehidupan dan penyatuan bangsa pula, aku amat setuju dengan beberapa persatuan yang wujud dimana tujuan utama mereka ialah untuk menegakkan syiar Islam serta menyatupadukan bangsa melayu contohnya PEKIDA dan sebagainya.
Tetapi apa yang mengecewakan aku, ada segelintir manusia yang tamak serta gila menjadikan persatuan-persatuan ini sebagai platform untuk mewujudkan kumpulan-kumpulan samseng yang bagi aku banyak terdapat disekeliling kita sekarang. Sehinggakan, budak-budak sekolah pun turut terjebak oleh abang-abang yang KONONNYA samseng ini kekancah mereka. Bukankah tugas seorang pelajar ialah untuk belajar demi masa depan mereka? Kalau iya pun mereka perlukan perlindungan, tidak cukupkah ibu-bapa ,keluarga mereka serta undang-undang untuk melindungi mereka? Jadi apa relevannya untuk mereka menyertai persatuan samseng ini yang ada pula diantaranya tidak berdaftar? Jawapannya mudah, untuk keuntungan abang-abang SAMSENG dari yuran penyertaan yang menjanjikan perlindungan serta keseronokan memukul serta mengugut orang.

Tujuan kita hidup berkumpulan adalah untuk kebaikan dan bukan keburukan. Apakah kebaikan yang boleh didapati hasil dari perbuatan-perbuatan yang salah dari segi undang-undang dan agama? Sekuat mana pun kita atau kumpulan kita, kita perlu ingat bahawa ada lagi orang dan kumpulan yang lebih kuat dari kita. Jadi perkara ini akan tiada kesudahan dan berterusan jika semua orang terus mahu tunjuk samseng berpantun sana sini dengan isi yang kosong. Kosong maksud aku adalah dari segi rohani serta pemikiran.

Aku menyeru kepada semua orang melayu dan Muslim khususnya, bersatulah dengan cara yang betul. TAK PERLULAH SAMSENG. Cukuplah dengan menjaga kebajikan saudara semuslim kita serta mengikut undang-undang yang sedia ada.

Daripada Abdullah bin Amru bin Al-Aas bahawa Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: “Empat perkara yang menjadikannya seseorang itu munafik dan jika terdapat satu daripadanya maka ianya mempunyai ciri nifaq sehingga ditinggalkan iaitu apabila diberi kepercayaan dia khianati, bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia mungkir, bila berkelahi dia kejam.” (Riwayat Muttafaq Alaih)

Berdasarkan hadis diatas, renungkanlah adakah kita tergolong dalam golongan munafik?
Kepada para SAMSENG diluar sana, insaf lah. Tak kemana pun dengan samseng tu sebab akhirnya hanya amalan kita yang akan dihisab bukan sebanyak mana konco kita.

Ini cuma sekadar pendapat peribadi aku. Jika ada mana-mana samseng yang tidak berpuas hati, tolonglah jangan pukul aku. Aku hamba Allah yang lemah :)

No comments: